| INTERNAL AUDIT DEPARTMENT

Self Assessment Audit

Oleh : Mohd Faiz Suparman

Foto Oleh : Nur Miera Kamaruddin

Serdang, 09 Mei – Pendekatan pengauditan Indeks Akauntabilii yang dijalankan oleh Bahagian Audit Dalam Universiti Putra Malaysia terhadap kawalan pengurusan kewangan di setiap PTJ merupakan satu kaedah penilaian yang berobjektif. Penilaian ini di adaptasi daripada pengauditan oleh Jabatan Audit Negara.

Jabatan Audit Negara telah melaksanakan pengauditan indeks akauntabiliti pengurusan kewangan bermula tahun 2007 dalam memastikan pengurusan kewangan di kementerian dan kerajaan negeri termasuk badan berkanun dengan memberi markah tertentu bagi menunjukkan sama ada pengurusan kewangan masing-masing adalah baik atau sebaliknya.

Melalui pendekatan ini, penilaian dibuat keatas elemen pengurusan kewangan yang terdiri daripada kawalan pengurusan organisasi, kawalan belanjawan, kawalan hasil dan terimaan, kawalan perolehan, kawalan perbelanjaan, pengurusan akaun amanah, pengurusan kenderaan, pengurusan aset dan stor bermula tahun 2014. Hasil daripada penilaian ini, PTJ akan diberi markah bagi menentukan sama ada pengurusan kewangan di PTJ cemerlang (90-100%), baik(80-89.9%), memuaskan(70-79.9%), kurang memuaskan(60-69.9%) dan tidak memuaskan(89.9% ke bawah)

Penilaian ini juga akan membantu pihak pengurusan PTJ untuk mengukur tahap pematuhan dalam pengurusan kewangan dibawah seliannya. Selain itu, penilaian menjadikan tahap pematuhan dalam pengurusan kewangan sebagai penanda aras bagi mengukur keberkesanan pengurusan kewangan di PTJ. Antara lain adalah mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan PTJ bagi memastikan mereka dapat bersama-sama mewujudkan suasana kerja yang harmoni dalam pelaksanaan pengurusan kewangan.

Sebagai langkah bagi memastikan pengurusan kewangan di PTJ mengikut polisi dan peraturan yang sedang berkuatkuasa, Bahagian Audit Dalam UPM telah mengedarkan senarai semak audit indek akauntabili pengurusan kewangan kepada semua PTJ untuk semakan kendiri (Self Asseesment Audit). Kebaikan yang diperolehi daripada semakan kendiri ini, ianya mampu menjimatkan masa dari segi kos, tempoh pengauditan dan penyediaan laporan. Pemantauan juga akan dibuat oleh Ketua Jabatan secara berterusan bagi memastikan pengurusan kewangan sentiasa berada di tahap good governance dan best practices.

SXDdHAA~