PERANAN DAN TANGUNGJAWAB SOSIAL TERHADAP ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) | INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
» NEWS » PERANAN DAN TANGUNGJAWAB SOSIAL TERHADAP ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

PERANAN DAN TANGUNGJAWAB SOSIAL TERHADAP ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

SERDANG, 4 DISEMBER 2023 - Masyarakat yang inklusif dan prihatin terhadap orang kelaianan upaya (OKU) adalah tanda kemajuan sosial yang positif. Memastikan masyarakat dapat menyediakan sokongan, aksesibiliti, dan peluang yang sama untuk semua umat manusia, termasuk OKU, adalah tanggungjawab moral dan juga sumbangan kepada pembangunan sosial yang mampan perlu diwujudkan antara semua.

Bagi memastikan setiap warga Universiti Putra Malaysia (UPM) khusunya peka dan sentiasa membantu terhadap OKU, bulan kesedaran Kampus Inklusi OKU merupakan sambutan tahunan yang diadakan di UPM dan selaras dengan sambutan Hari OKU Sedunia yang disambut pada 3 Disember pada setiap tahun.

UPM sentiasa berusaha memenuhi hak setiap individu termasuk komuniti OKU untuk menimba ilmu dan mengejar matlamat yang diimpikan dalam pelbagai bidang. Bagi memenuhi hak yang sama rata dalam komuniti kampus di UPM pelbagai inisiatif telah pun diwujudkan antaranya mewujudkan Dasar Inklusif OKU 2020, merangka tindakan Kampus Inklusif OKU pada tahun 2020, melaksana bulan kesedaran Kampus Inklusif OKU setiap tahun, menambahbaik infrastruktur untuk lebih mesra OKU di seluruh kampus, mewujudkan sistem Putra Buddies dan Garis Panduan Pelaksanaan Kampus Inklusif OKU UPM. Pelbagai aktiviti dan program juga telah dilaksanakan bagi menyokong inisiatif-inisiatif tersebut.

Pada masa kini, UPM mempunyai seramai 67 orang pelajar OKU yang sedang mengikuti pelbagai kursus pengajian merangkumi 2 orang pelajar asasi sains, 49 orang pelajar peringkat ijazah sarjana muda, 3 orang pelajar peringkat diploma dan 13 orang pelajar pasca siswazah di UPM Kampus Serdang dan Bintulu. Mengikut laporan daripada Bahagian Kemasukan Akademik dan Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU UPM, bilangan ini sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.

Seluruh warga UPM telah banyak membantu dalam membina kecaknaan dan memperbaiki perkhidmatan kita dari pelbagai aspek kepada OKU di UPM ini sesuai dengan tema Sambutan Hari OKU Kebangsaan pada tahun ini “Membangun OKU Madani”

Masyarakat yang inklusif dan penuh empati terhadap OKU bukan sahaja memberikan sokongan kepada individu-individu tersebut, tetapi juga membentuk persekitaran yang lebih adil dan mampan bagi semua.

Date of Input: 18/12/2023 | Updated: 18/12/2023 | faiz_suparman

MEDIA SHARING

INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEcFAa~