19 September 2018- Program Sharing Session atau perkongsian ilmu merupakan rutin bulanan yang dianjurkan oleh Bahagian Audit Dalam UPM. Program ini bermatlamat meningkatkan kualiti perkongsian ilmu antara ahli melalui penyebarluasan pengetahuan, kemahiran , pengalaman, dan amalan pedagogi sedia ada dalam sebuah organisasi. Perkongsian ini membolehkan ahli belajar sesama sendiri bagi memahami dunia pengetahuan dan persekitaran mereka.
Pada kali ini dua staf telah terpilih untuk berkongsi ilmu yang diperolehi semasa menghadiri kursus iaitu Pn Nur Miera dan Puan Marziati. Sesi perkongsian ilmu dari Pn Nur Miera bertajuk Red Flags & Addressing Issues Confronting Fraud. Ianya menerangkan bagaimana mengenalpasti fraud dalam organisasi dan langkah untuk menanganinya. Manakala sesi perkongsian ilmu oleh Pn Marziati pula bertajuk Pengurusan & Pentadbiran Kontrak. Pn Marziati menerangkan kaedah dan langkah yang perlu dilakukan bagi menyempurnakan kontrak.
Sesi perkongsian ilmu yang menjadi rutin bulanan ini diharapkan dapat memantapkan pengetahuan dikalangan staf disamping memupuk hubungan yang mesra dikalangan staf.
Berita disediakan oleh : Pn. Nurul Ezani Abdul Malek
Tarikh Input: 28/09/2018 | Kemaskini: 07/09/2022 | nurmiera
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.