Berita Oleh : Pn. Marziati Md Din (Pegawai Kewangan)
UPM Serdang, 25 Julai 2023 – Jawatankuasa Pelaksana EKSA, Bahagian Audit Dalam telah menganjurkan Program Kitar Semula untuk kalangan warga Audit Dalam. Program ini merupakan salah satu program yang dianjurkan bagi menyokong Kelestarian Hijau di peringkat Universiti.
Barang-barang yang boleh dikitar semula adalah seperti bekas tin, plastic, kertas terpakai dan juga minyak masak terpakai. Semua warga Audit Dalam telah memberikan kerjasama yang baik dengan membawa barangan tersebut daripada rumah dan juga barang yang telah dikumpul di tong Kitar Semula Go Green Audit Dalam.
Barangan yang telah dikumpulkan telah dihantar ke Pusat Kitar Semula Komuniti di Putrajaya dan hasil jualan yang telah diterima adalah RM111.00. Program kitar semula ini memang telah dimasukkan sebagai acara tahunan dan diadakan secara berkala iaitu 3 kali setahun di Bahagian Audit Dalam.
Tarikh Input: 25/07/2023 | Kemaskini: 26/07/2023 | muhammad.isam
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.