RISK BASED INTERNAL AUDIT (RBIA) BERASASKAN IPPF: SESI PERKONGSIAN BERSAMA JABATAN AUDIT DAN RISIKO, PERBADANAN PUTRAJAYA | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » RISK BASED INTERNAL AUDIT (RBIA) BERASASKAN IPPF: SESI PERKONGSIAN BERSAMA JABATAN AUDIT DAN RISIKO, PERBADANAN PUTRAJAYA

RISK BASED INTERNAL AUDIT (RBIA) BERASASKAN IPPF: SESI PERKONGSIAN BERSAMA JABATAN AUDIT DAN RISIKO, PERBADANAN PUTRAJAYA

Berita disediakan oleh: Pn. Mohd Azis Abdullah (Pegawai Kewangan)

 

SERDANG, 2 November 2023 (Khamis) – Bahagian Audit Dalam, Perbadanan Putrajaya yang diketuai oleh En. Jaffri Bin Derani (Pengarah Audit Dalam) bersama delegasi telah hadir ke UPM bagi sesi perkongsian pelaksanaan Risk Based Internal Audit (RBIA) dan pengauditan berasaskan International Professional Practice Framework (IPPF) yang dilaksanakan oleh Bahagian Audit Dalam UPM.

Pada sesi tersebut, Bahagian Audit Dalam UPM berkongsi kaedah dan amalan baik proses kerja pengauditan berasaskan risiko (RBIA) mengikut keperluan pematuhan IPPF yang dilaksanakan di Bahagian Audit Dalam UPM bermula dari proses penyediaan rancangan audit tahunan, pengurusan projek audit, penyediaan kertas kerja, penyediaan laporan dan pemantauan berterusan isu audit melalui Audit Dashboard.

Sesi perkongsian pelaksanaan Risk Based Internal Audit (RBIA) dan pengauditan berasaskan International Professional Practice Framework (IPPF) di Bahagian Audit Dalam UPM bersama Bahagian Audit Dalam Perbadanan Putrajaya yang bermula jam 9.30 pagi berakhir jam 12.30 tengah hari.

Tarikh Input: 29/11/2023 | Kemaskini: 30/11/2023 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEdSAK~