Berita disediakan oleh: Pn. Nurfarah Hanani Abdul Hamed (Pegawai Kewangan)
SERDANG 25 Disember 2023 – Gotong Royong Siri 3/2023 sebagai program penutup EKSA 2023 berjaya dilaksanakan hasil penglibatan seluruh warga Audit Dalam yang sentiasa komited membudayakan amalan EKSA selaras dengan hasrat Universiti mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif.
Aktiviti kali ini memfokuskan kepada aktiviti mengecat, susun atur perabot dan hiasan dinding serta menukar lampu baharu di ruang menunggu dan ruang pantri. Ia juga sebagai persediaan menghadapi audit kendiri EKSA yang akan dilaksanakan pada awal Januari 2024.
Diharap aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan ukhuwah dikalangan staf Audit Dalam dan memupuk semangat kerja berpasukan. Aktiviti gotong royong berakhir pada jam 12.30 tengahari.
Tarikh Input: 29/12/2023 | Kemaskini: 29/12/2023 | muhammad.isam
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.