Oleh : Nurrul Syakira Bakhtiar
Serdang, 14 Julai 2022 – Sempena penganjuran aktiviti Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di peringkat Bahagian Audit Dalam UPM, antara aktiviti yang diadakan adalah melibatkan penilaian kekemasan ruang kerja dikalangan warga kerja Bahagian Audit Dalam. Jawatankuasa EKSA Bahagian Audit Dalam telah mengadakan pertandingan ruang kerja dan bilik pegawai terbaik pada 20 hingga 23 Jun 2022.
Penilaian ini telah diketuai oleh Encik Wan Muhammad Isam Wan Ismail selaku ketua juruaudit dan dibantu oleh Encik Mohd Azis Abdullah. Kriteria penilaian mengambilkira faktor-faktor seperti kekemasan meja kerja dan peralatan, susun atur perabot, susunan alat tulis, perlabelan, lampu bersih dan berfungsi, soket elektrik berfungsi, kebersihan lantai serta peralatan dan hiasan bersih dan kemas.
Pemeriksaan dilakukan ke atas ruang kerja dan bilik pegawai yang melibatkan kesemua pekerja di pejabat Bahagian Audit Dalam. Pemenang untuk kategori ruang kerja terbaik telah dimenangi oleh Puan Balqis Md Ruslan, Pembantu Tadbir. Manakala pemenang bagi kategori bilik pegawai terbaik telah dimenangi oleh Puan Nur Miera Kamarudin, Pegawai Kewangan.
Diharapkan dengan penganjuran aktiviti seperti ini dapat memberi galakan dan motivasi kepada para pekerja untuk menjaga dan memastikan persekitaran kerja berada dalam keadaan bersih dan teratur sekaligus dapat mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif serta produktif.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Tarikh Input: 14/07/2022 | Kemaskini: 30/08/2022 | faiz_suparman
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.