Berita disediakan oleh : En. Mohd Nasarudin Ismail (Pen. Akauntan)
Serdang: 29 Mei 2020, UPM beroperasi semula dalam keadaan terkawal bermula 1 Jun 2020 di mana pejabat akan dibuka semula dengan staf bertugas secara bergilir mengikut susunan dan perancangan penyelia/ketua jabatan. Sehubungan itu, Bahagian Audit Dalam UPM telah mengambil langkah berjaga-jaga melaksanakan kerja-kerja Disinfeksi-Sanitasi ruang kerja serta persekitaran yang terlibat sebelum pejabt dibuka.
Kerja-kerja sanitasi serta penyediaan ruang saringan kesihatan telah bermula jam 8 pagi dan tamat 12 tengah hari. Antara mereka yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini adalah wakil staf Bahagian Audit Dalam serta pekerja syarikat pencucian.
Aktiviti ini dilihat sedikit sebanyak membantu mencegah penularan virus Corona (Covid-19) serta memberi keyakinan kepada para pekerja terhadap tahap kebersihan serta keselamatan ruang kerja Bahagian Audit Dalam.
#KITA JAGA KITA..
Tarikh Input: 24/06/2020 | Kemaskini: 25/11/2020 | nurmiera
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.