Berita oleh : Pn. Nur Miera Kamarudin (Pegawai kewangan)
UPM SERDANG, 23 DISEMBER 2022 - Bahagian Audit Dalam telah mengadakan majlis sambutan kelahiran staf Bahagian Audit Dalam bagi suku tahun keempat (Q4) selepas selesai Mesyuarat Bulanan Bahagian Audit Dalam bilangan 12.
Majlis sambutan kelahiran staf merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan sebanyak 4 kali dalam tempoh setahun iaitu dalam bulan Mac, Jun, September dan Disember. Persediaan dan aktiviti ini diuruskan oleh Exco Kerohanian dan Kebajikan Kelab Bahagian Audit Dalam UPM.
Tahniah dan Selamat Hari Lahir diucapkan kepada staf yang lahir dalam bulan Oktober, November dan Disember iaitu Pn. Zainora Abdul Talib, Pn. Nurul Ezani Abd Malek dan En. Wan Muhd Isam Wan Ismail. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Tarikh Input: 27/01/2023 | Kemaskini: 02/02/2023 | nurmiera
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.