ELAK KONFLIK KEPENTINGAN DALAM PEKERJAAN | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » ELAK KONFLIK KEPENTINGAN DALAM PEKERJAAN

ELAK KONFLIK KEPENTINGAN DALAM PEKERJAAN

Oleh: Pn. Nurul Ezani binti Abdul Malek (Penolong Akauntan)

 

SERDANG 5 JAN 2024 – Cabaran besar yang perlu ditangani dalam usaha menjalankan pengauditan adalah etika dan integriti dalam sesebuah organisasi. Integriti dalam pekerjaan terbukti mampu mendorong seseorang pekerja supaya dapat menyempurnakan tugas dengan teratur dan mengikut perincian kerja dan masa yang ditetapkan.

 

 

 

Bahagian Audit Dalam telah melaksanakan perisytiharan tahunan kakitangan audit dalam Universiti Putra Malaysia untuk memastikan setiap kakitangan memahami panduan dan etika berkenaan tatacara pengurusan konflik kepentingan dalam melaksanakan tugas dan urusan rasmi. Perisytiharan ini dinamakan sebagai ”Perisytiharan Tahunan Pekerja Audit Dalam UPM” yang dibaca dan ditandatangani dihadapan Ketua Audit Dalam.

 

Perisytiharan ini merupakan akujanji yang perlu diperbaharui setiap tahun. Akujanji ini melibatkan etika kerja, nilai murni, pematuhan International Standards For The Professional Practice Of Internal Auditing (IPPF) , polisi dan prosedur dan juga pemakluman konflik kepentingan.

 

Dengan pelaksanaan akujanji ini, kakitangan audit dalam UPM adalah bertanggungjawab menjaga kerahsiaan maklumat dan tugasan yang dilaksanakan.

Tarikh Input: 19/01/2024 | Kemaskini: 28/01/2024 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEdCAv~