Serdang, 22 November 2019, sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) 2019 telah diadakan dengan suasana meriah di Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) dengan temanya “Kreativiti disemai, Inovasi dituai”.
Objektif Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) adalah :
Terdapat 14 nama anugerah/ hadiah yang dipertandingkan. Bahagian Audit Dalam telah menyertai beberapa kategori anugerah/hadiah seprti berikut :
Bagi kategori Anugerah Inovasi Perkhidmatan, Bahagian Audit Dalam telah menghantar 3 projek iaitu :
Secara keseluruhannya, Bahagian Audit Dalam telah berjaya mendapat tempat pertama(Johan) dalam kategori Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran dengan mendapat 5 bintang dan juga mendapat tempat pertama kategori Anugerah Inovasi Perkhidmatan (Pengurusan) oleh Kumpulan Putra Q (gabungan Bahagian Audit Dalam dan Pusat Jaminan Kualiti).
Tahniah diucapkan kepada Bahagian Audit Dalam dan semua PTJ yang turut menerima anugerah/hadiah pada hari tersebut. Semoga komitmen dan usaha ini berterusan dan kemenangan yang diterima dapat memberikan lagi motivasi dan inspirasi pada masa akan datang.
Tarikh Input: 27/11/2019 | Kemaskini: 23/12/2019 | nurmiera
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.