Ketagihan Media Sosial | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» ARTIKEL » Ketagihan Media Sosial

Ketagihan Media Sosial

Carian Artikel Oleh : Jawatankuasa Laman Web Audit Dalam

 

MEDIA sosial membentuk sebahagian daripada hubungan penting sesama manusia pada hari ini.

Bahaya Pembatasan Medsos, Gampang Akses Konten Negatif Hingga Risiko  Pencurian Data

Pengguna media sosial sering berkongsi pengalaman dan kenangan serta perkembangan hidup mereka menerusi pelbagai platform termasuk Facebook, Instagram, TikTok, dan aplikasi terbaharu, Threads.

Setiap aplikasi berkenaan sentiasa menambah baik ciri-cirinya bagi meningkatkan tahap penggunaan.

Dalam dunia di mana semakin sukar memisah dunia nyata daripada dunia maya, bagaimana media sosial mempengaruhi kehidupan rakyat Malaysia dan tanggapan mereka terhadap nilai diri?

Remaja perlu manfaatkan media sosial – Berita UTHM

Kaji Selidik Wellness Begins At Home (Kesejahteraan Bermula di Rumah) 2023 oleh Gardenia KL baru-baru ini mendapati bahawa, 32.4 peratus daripada responden berusia antara 26 hingga 30 tahun cenderung berasa tertekan melihat hantaran rakan berkait kehidupan berbanding responden daripada kumpulan umur lain (23 peratus).

Data itu menunjukkan trend membimbangkan berkenaan kesihatan mental pengguna media sosial di negara ini.

Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam Gardenia Bakeries KL, Hazlinah Harun berkata, pihaknya percaya perbincangan kesihatan mental seharusnya membabitkan semua golongan peringkat umur, daripada yang muda sehinggalah kepada warga emas.

"Inilah faktor mendorong inisiatif Kesejahteraan Bermula di Rumah kami, yang memberi tumpuan kepada soal kesejahteraan unit keluarga dan setiap insan di rumah.

"Hasil kaji selidik itu jelas menunjukkan keperluan meningkatkan kesedaran dan keterbukaan bagi membincangkan punca tekanan mental dan cara lebih sihat untuk menangani cabarannya," katanya.

Menurut kaji selidik berkenaan, responden mengalami masalah kewangan lazimnya mengelak melayari media sosial dengan harapan mengurangkan perasaan sedih terhadap situasi mereka.

Data itu selari dengan hasil kaji selidik Kekayaan Moden 2019 oleh Schwab yang dilaporkan dalam artikel di CNBC.

Kaji selidik itu mendapati 49 peratus daripada golongan milenial mendakwa media sosial memberi kesan terhadap perbelanjaan dalam aktiviti mahal.

 

 

Artikel Oleh : Fairul Asmaini Mohd Pilus | asmaini@mediaprima.com.my

Sumber : Harian Metro

Tarikh Input: 30/04/2024 | Kemaskini: 30/04/2024 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXFWKAC~