| BAHAGIAN AUDIT DALAM

5 Tips Untuk Mencapai Matlamat Kewangan

Ringkasan Artikel

Tahukah anda hanya 9% sahaja yang berjaya mencapai sasaran kewangan mereka? Nak tahu tak rahsia untuk merealisasikan impian kewangan anda?

Tahukah anda hanya 9% sahaja yang berjaya mencapai sasaran kewangan mereka? Nak tahu tak rahsia untuk merealisasikan impian kewangan anda?

Untuk itu, jom kita tengok 5 tips untuk mencapai matlamat kewangan seperti berikut:

 

 

1. Tetapkan Matlamat Utama

“Kalau kita gagal untuk merancang, kita merancang untuk gagal”, seringkali kita dengar ayat ini bukan? Cuba bayangkan anda bermain bolasepak, tapi tak tahu kat mana nak jaringkan gol.

Selagi anda tidak mempunyai matlamat yang jelas, selagi itulah anda tidak tahu hala tuju anda. Begitu juga halnya  berkaitan kewangan. Berapa nak simpan dalam masa 6 bulan? Setahun? Berapa target pelaburan anda untuk tempoh setahun? 5% ke 10% ke 20%?

 

2. Tetapkan Matlamat Dan Bukannya Hajat

Ramai orang berhajat akan sesuatu, contohnya nak sebuah rumah kondominium atau sebuah kereta mewah. Tetapi hajat tersebut adalah sebenarnya satu matlamat tanpa sebarang rancangan.

Kalau ada rezeki lebih, dapat lah beli rumah atau kereta tadi. Sebab itulah kita kena ada matlamat yang jelas, dengan action plan untuk mencapat matlamat tersebut.

Bila dah ada perancangan yang terperinci, barulah anda boleh fokus untuk mencapainya.

 

3. Raikan Pencapaian Walaupun Kecil

Bila dah ada matlamat tersebut, anda perlu raikan pencapaian-pencapaian kecil sepanjang usaha untuk mencapai matlamat. Sebagai contoh, anda sasarkan untuk menyimpan RM12,000 setahun, tapi baru enam bulan dah capai RM9,000 iaitu 75% daripada sasaran.

Bolehlah pergi makan besar ke bercuti ke bawa seisi keluarga untuk meraikan kemenangan kecil ini.

 

4. Mula Dengan Pengakhiran Dalam Minda

Cuba bayangkan dalam pemikiran, saat anda berjaya capai matlamat kewangan yang telah anda tetapkan. Kita semua ada halangan dan kekangan masing-masing, jadi apa sahaja situasinya; tulis halangan dan cara untuk atasinya.

Sebagai contoh, anda sedang bekerja full-time dan ingin menambah pendapatan dengan membuat kerja freelance. Dalam sehari, anda mampu mendedikasikan empat jam untuk kerja freelance tersebut dengan pendapatan tambahan sebanyak RM800 sebulan.

Jangan pula nak tetapkan matlamat untuk kerja lapan jam buat freelance dengan pendapatan RM1,600 sebulan, habis tu bila nak ada masa untuk berehat dan luangkan masa dengan keluarga?

Lebih baik untuk jadi seorang yang realistik, atau tidak anda akan kecewa.

 

 

5. Beritahu Semua Orang

Bila dah ada matlamat kewangan yang lengkap dan terperinci, cuba beritahu orang ramai. Bagaimana ianya dapat membantu?

Anda akan lebih bersemangat untuk mencapat matlamat kewangan yang telah anda tetapkan. Ini kerana anda ingin buktikan kepada orang ramai bahawa anda bukan main-main, sebaliknya serius untuk mengubah hidup.

 

6. Ambil Tahu Juga Laporan Kredit (Credit Report) Anda

Sebab apa ianya penting? Sebab anda perlu tahu di mana anda berada hari ini bila nak tetapkan matlamat kewangan anda. Dan semak semula kedudukan kewangan anda lagi 12 bulan. Kepuasan pasti datang, apabila anda lihat ianya bertambah baik.

 

Artikel disediakan oleh : Pn. Farah Hanim Roslan (Peg Kewangan)

SXDdVA4~